Friday, December 22, 2017

Himpunan Solidariti #SavePalestine Ke Seluruh Negara #Malaysia @NajibRazak #Negaraku


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis tidak akan terhenti di sini, sebaliknya akan diperluaskan ke seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, himpunan tersebut akan diadakan pada setiap hujung minggu ketiga pada setiap bulan di lokasi masjid-masjid lain.
"Atas cadangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi perhimpunan, setiap bulan kita akan buat perhimpunan solidariti, bukan sahaja di masjid di Putrajaya tetapi juga masjid di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra di sini hari ini.

Menurut Najib, seluruh umat Islam di negara inj tanpa mengira ideologi politik perlu bersatu padu dalam membela hak rakyat Palestin.

"Kita lupakan sengketa politik sesama kita. Dalam hal ini kita boleh bersatu padu, tidak kira baju hijau, baju merah atau baju oren, asalkan ada niat yang sama," jelas beliau.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...