Thursday, January 4, 2018

Masa Untuk Kotakan Janji & Berkongsi Limpahan Dan Manfaat Besar Pembangunan Di Labuan #BetterNation #WilayahDihatiku


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dijangka akan melancarkan 'Blue Print Pembangunan Labuan' 2018 - 2030' pada 18 Januari 2017.

1. Pembinaan 500 unit rumah mampu milik, perumahan untuk penjawat awam.

2. Pembinaan jalan pintas Tanjung Taras ke Ganggarak bernilai RM170 juta.
3. Perdana Menteri akan menyaksikan penyerahan surat lantikan perunding bagi kajian kebolehlaksanaan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan daerah kecil Menumbok di Sabah.

4. Perdana Menteri akan menyaksikan perjanjian Labuan Grand Prix of the Sea sempena acara Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2018

5. Perdana Menteri dijangka mengumumkan beberapa lagi projek pembangunan, termasuk membina kedai Labuan premium outlet di Sungai Miri.

6. Kerajaan juga menerusi Kementerian Kesihatan akan membina kuarters perumahan dan klinik kesihatan kelas 5 di Kampung Bebuloh.

7. Pembinaan pusat beli-belah dan hotel apartmen, taman tema air, litar lumba motosikal di Kiamsam dan penambahbaikan Kompleks Sukan Labuan turut dalam perancangan dan dijangka akan merancakkan lagi ekonomi setempat dan penawaran pelbagai bidang kerja.

Pelbagai pembangunan yang direncanakan ini bakal memberi manfaat kepada lebih 100,000 orang warga Labuan dan sekitarnya.

Ianya bakal merubah wajah Labuan menjelang tahun 2030 menerusi pelbagai projek pembangunan jangka pendek dan panjang.

RH

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...