Thursday, February 8, 2018

Respon Jabatan Perdana Menteri Berhubung Laporan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)


1. Pasukan firma audit luar yang dilantik untuk melakukan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) telah menyerahkan laporan akhir kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2 Februari 2018. KLVC ialah projek yang sedang dibangunkan oleh Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di atas tanah milik FELDA.

2. JPM telah meneliti laporan audit tersebut dan bersetuju serta menerima laporan itu. Secara keseluruhannya, laporan audit tersebut telah memenuhi objektif pengauditan yang ditetapkan dan Kerajaan berpuas hati dengan laporan pasukan audit.
3. JPM telah pun membentangkannya kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaku Menteri bertanggungjawab ke atas FELDA pada 5 Februari 2018.

4. Laporan audit forensik tersebut menunjukkan terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan FELDA.

5. YAB Perdana Menteri telah bersetuju ditubuhkan satu Jawatankuasa “Domestic Enquiry” untuk mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor yang telah dibuat di dalam laporan audit tersebut.

6. FELDA diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan/atau undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu, yang didapati cuai dalam menjalankan tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentingan FELDA/Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).

7. Beliau juga bersetuju sebuah Jawatankuasa Perunding ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian di antara FICSB dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn Bhd (SPKLVCSB), dengan keahlian seperti berikut:

i) Dato’ Dr Yusof Ismail (Kementerian Kewangan)
ii) Dato’ Nik Azman Nik Abdul Majid (KP EPU)
iii) Dato’ Ab. Ghani Mohd Ali (Pengarah Besar FELDA)
iv) Datuk Zainal Abidin Abu Hassan (TKSU JPM)
v) Datuk Seri Ahmad Husni Hussain (KP UKAS)

8. Kajian audit yang telah dijalankan pada 4 Januari 2018 merangkumi keseluruhan proses bermulanya cadangan projek pembangunan KLVC, proses pelaksanaan projek sehingga isu pindah hakmilik tanah FELDA.

9. Sebanyak 240 dokumen di pejabat FELDA, FICSB, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlibat dalam kajian audit itu. Kajian juga melibatkan temubual semua pegawai-pegawai terlibat di agensi berkenaan.

JABATAN PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
8 FEBRUARI 2018

1 comment:

  1. Bila nak buat utk 1MDB audit yg mcm ni? bila dah buat,jgn pulak diOSAkan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...