Tuesday, February 20, 2018

Suara Sumbang Yang Tak Menyumbang Apa Pun Di Parlimen Bandar Tun Razak


Setiap kali saya membuat posting atau share berkaitan cadangan supaya kerusi Barisan Nasional (BN) bagi parlimen Bandar Tun Razak diberikan kepada UMNO Bandar Tun Razak pasti ada yang suka dan tidak kurang ramai yang merasa tidak selesa.

Yang pasti, akan ada PENGKRITIK TETAP yang wujud di alam nyata atau yang berbayar di alam maya untuk terus menggagalkan usaha ini .
1. Saya bersuara sebagai Ketua UMNO Bahagian yang punyai 19,700 ahli UMNO dari 82 Cawangan dan kedudukan pengundi Melayu seramai 54,000 di Bandar Tun Razak.

2. Untuk rekod saya terpilih sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak semenjak tahun 1995 ketika berumur 24 tahun.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari tahun 2004 - 2013.
Ketua UMNO Bahagian dari 2013 sehingga sekarang.

3. Separuh dari usia telah saya kongsikan untuk Bandar Tun Razak. Bermakna saya sangat faham sentimen mereka dan kemahuan mereka di sini.

4. Kepada yang tak tahu apa yang saya akan, sedang & telah buat, boleh follow dan ikuti FB UMNO Bandar Tun Razak dan segalanya telah dicatat sebagai bahan rujukan dan rekod kerja kami di sini.

5. Saya hanya minta calon dari UMNO diberi tanggungjawab untuk hentikan kekalahan bersiri BN di Bandar Tun Razak.

6. Kalau saya diam bermakna saya dayus dan tidak membawa suara dan kemahuan AHLI UMNO Bandar Tun Razak.

7. Sebagai Ketua, saya akan terus sampaikan kehendak anak buah saya dan sebagai pengikut saya akan akur keputusan Pemimpin saya nanti.

Kepada PENGKRITIK TETAP, jangan risau pendirian saya sebab saya TIDAK SENTUH keinginan dan pilihan kamu.

Rizalman Mokhtar

#jalanterus
#Bn4btr
#countdown14
#GOTV
#teambtr

2 comments:

  1. TSKI menang sebab MELAYU

    ReplyDelete
  2. Yg ni suara hang,bkn ahli2 umno di sana. Hg yg teringin nak jadi calun..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...