Full Width CSS

Madey Celaru Dakwa Penipuan Undi Pos


Tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) adalah tuduhan tidak logik yang sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.

Cerita rekaan daripada calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu juga membingungkan kerana elemen undi pos adalah sebahagian daripada sistem pilihan raya sepanjang 22 tahun beliau berkuasa sebelum ini.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohamad Faisol Keling berkata, tindakan Dr. Mahathir itu adalah semata-mata bertujuan menanam sentimen tidak percaya rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ujar beliau, tindakan itu bagaimanapun telah menunjukkan kecelaruan dan sikap terdesak Dr. Mahathir apabila menggunakan ‘skrip’ yang selama ini digunakan oleh pembangkang untuk menghentamnya sepanjang menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Taktik yang dimainkan Dr. Mahathir dan sekutunya ini adalah perancangan awal supaya dapat menarik sokongan rakyat untuk mengadakan boikot atau demonstrasi semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14) nanti.

“Tindakan seperti ini jelas bukan kaedah bijak kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap generasi masa kini, malah boleh menghancurkan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, ceramah politik kepemimpinan kanan Pakatan Harapan diketuai DAP di Guar Chempedak, Jerai terus mencipta pelbagai pembohongan bagi meraih simpati rakyat dalam PRU-14.

Malah, Dr. Mahathir turut membuat tuduhan yang sememangnya tidak masuk akal apabila mendakwa peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada BN dalam PRU-14



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-celaru-dakwa-penipuan-undi-pos-1.638223#ixzz5BDbnmJcl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Post a Comment

0 Comments