Tuesday, May 15, 2018

3,600 Guru Kafa Kena Buang Disebabkan Pertukaran Kerajaan?


Dulu saya tidak percaya mereka hendak buang kakitangan awam. Kini saya menyesal sama sekali. Tidak sangka saranan Penang Institute itu benar benar berlaku.

Bukan hanya 500 orang yang kena buang di Putrajaya, di Kelantan ramai lagi yang kena. Guru guru Kafa turut jadi mangsa.

Apalah dosa mereka? Mereka hanya mengajar anak anak mengaji Al Quran, tajwid dan menceritakan kisah kisah nabi dan agama. Hari ini, bila kerajaan baru PH naik mereka juga kena buang juga.

Balairaya kampung sudah kena kunci. Wanita wanita di kampung yang meminjam duit Amanah Ikthiar Malaysia juga sudah kena tempias. Tidak boleh lagi meminjam seperti dahulu.

Dulu masa kempen pilihanraya kata hendak buang Najib sahaja, tetapi sekarang kenapa guru yang ajar agama turut dibuang sama? Kenapa pemandu, kerani dan staff yang tidak berdosa turut jadi mangsa?

Esok ramai kanak kanak kecil ini mencari ke mana guru mereka? Kenapa tiba tiba guru agama yang mengajar mereka tiada? Kenapa jadi begitu?

Kanak kanak ini tidak faham pun pasal politik, mereka hanya hendak belajar agama sahaja. Esok siapa lagi akan kena buang? Semua ini dibuang kerana hendak berjimat kononnya.

Berjimat seperti cadangan yang dibuat oleh DAP? Berjimat atau balas dendam? Yang jadi mangsa adalah Ustaz dan Ustazah Kafa.

Anak anak murid kami akan berdoa siang dan malam agar kezaliman ini dihentikan. Majlis Raja Raja kena campur. Tolonglah. Ramai yang kena ini orang Melayu dan Islam. Kasihanilah kami. Apalah dosa kami.

Dua hari lagi kami hendak berpuasa. Bagaimanalah Hari Raya kami kali ini. Raya yang suram, tidak mengapa Allah ada. Moga Allah memberi keadilan yang saksama kepada mereka di akhirat nanti.

Luahan rasa
Bekas Ustaz Kafa

c/p fb

21 comments:

  1. insyaalah...org islam walau berbeza parti, bila bab agama akan bersatu untuk lawan arahan ini...??

    ReplyDelete
  2. blogger umno kata di buang, blogger yang lain tak kata apa lagi, ini berita tipu ke??

    ReplyDelete
  3. padan dgn muka korang.. syabas DAP

    ReplyDelete
  4. iye ke benda ni jadi....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih BN.. ehhh PKR !!

    ReplyDelete
  6. Jangan lah buat fitnah. Belum ada arahan dpd kerajaan baru utk buang guru kafa. guru KEMAS juga belum ada yg kena buang walaupun mereka ahli umno dan berkempen utk BN.

    ReplyDelete
  7. Yang bodohnya pilih pakatan tu kenapa. Padan muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti awak penjilat bontot najib...bersma skandal 1 MDB

      Delete
  8. itulah...dngar guruh di langit.. air kt tempayan cepat2 dicurahkan...kan...so...nak tak nak terimalah..ini yng mereka pilih...tanggunglah sendiri..InsyaAllah sapa yng pangkah BN.. rezeki Allah tetap ada..lepas ni sesap nak tak ada kerja boleh tukar kerja dgn minah2 indon ngn pak2 bangla...jadi Bibik ke..jadi orang kutip sampah ke...sapu bersihkan longkang ke...orang kalau tak tahu syukur nikmat..Allah tarik balik..sekarangkan akhir zaman.. Allah bayar cash

    ReplyDelete
  9. Akhirnya..Anwar Ibrahim mengaku dia seorang peliwat..if tak why minta ampun..cerdik tak Agung..dan paling ketawa puas ialah Tun M...sekarang sapa screw...sapa...dan sapa kenakan sapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengampunan diri bukan atas dasar mengaku
      Agung beri pengampunan atas sbb salah pertuduhan... benda tu tak wujud

      Delete
    2. pengampunan ialah untuk pesalah yang telah disabitkan kesalahan setelah mengikut petisyen dan prosedur tertentu. pesalah pesalah lain juga berpeluang berbuat demikian.

      Delete
    3. ada 17000 lagi bakal dibuang. sebab ramai sangat kata Tun. wasting....memang ramai PH dalam tu, kasi buang jugak. wasting..

      Delete
    4. Pengampunan penuh..tiada rekod bekas banduan..salah pertuduhan..
      Maksudnya Tun M menipu satu malaya usung tilam kehulu hilir...

      Delete
  10. geng amenu haprak ni kalau tak menipu bukanlah amenu namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng kau menipu siang malam xsedau ke

      Delete
  11. Hidup nk memfimemf ja.... Kononnya dia pembela agama tapi fitnah makanma hari hari lebih kukuran siti kasim ja

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...