Tuesday, May 8, 2018

Anak Ustaz Azizan Bekas MB Kedah Masuk UMNO #DahulukanRakyat #JomBN


Beliau yang menyertai Pas sejak berusia 18 tahun berkata, dia membuat keputusan untuk menyertai UMNO setelah mendapat restu daripada ibunya, Tok Puan Faekah Sheikh Hamzah.

"Saya telah memohon pandangan daripada ibu sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana parti.

"Bagaimanapun ibu saya kata, sertailah parti apa sekali pun jangan PAN (Parti Amanah Rakyat) sebab PAN lawan ayah saya dulu.
"Mak saya kata, itu hak saya untuk pilih parti mana pun, kalau DAP datang lebih awal pun saya boleh masuk DAP tetapi yang datang secara baik adalah Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas majlis perhimpunan jentera pilihan raya BN Parlimen Jerai di sini sebentar tadi.

Turut hadir calon BN Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail, calon BN DUN Sungai Limau, Datuk Norma Awang dan calon BN DUN Gurun, Datuk Boey Chin Gan.

Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah yang memimpin parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) sehingga Pakatan Rakyat merampas Kedah daripada BN.

Ahmad Faiq memberitahu, beliau telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada pucuk kepimpinan UMNO di bahagian ini kira-kira tiga minggu lalu.

"Kita negara demokrasi, ada hak nak pilih (parti) dan (saya) guna hak itu untuk pilih," katanya.

2 comments:

  1. Tolong gali lubang besar dan tanam blog Islam 1% bangsat melayu UMNO-PAS awak Atua buang dalam tandas!!... Tolak Kepala Otak Hang!! Terima ini sebagai ajaran ALLAH tulin bukan buatan UMNO-PAS-Sultan_Agong Govenor IS Islam Bangsat Negara!!

    ReplyDelete
  2. mamat ni..... apa ada dlm kepala dia ntah

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...