Saturday, May 5, 2018

Teraju Adnan Seman & UMNO BTR Menguntungkan Warga Bandar Tun Razak #AdnanSemanForBTR #JomBN


Warga Bandar Tun Razak kini sudah boleh berkira² untuk memastikan taraf hidup dan kebajikan mereka pada masa hadapan berada pada tahap yang baik berbanding sebelum ini di bawah kepimpinan biskut chipsmore wakil rakyat 'import' dari negeri Selangor sekiranya calon profesional muda Barisan Nasional Adnan Seman berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen di sini.


Ini kerana sekiranya Adnan Seman bergelar Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, sudah tentu peruntukan kepada beliau sebagai wakil rakyat akan diturunkan terus kepada peringkat rakyat. Dalam masa yang sama juga UMNO pastinya tidak mahu ketinggalan meneruskan politik khidmat bakti di sini di bawah kepimpinan Datuk Rizalman dengan tagline #BTRDiHatiku.

Limpahan khidmat kebajikan kepada warga Bandar Tun Razak dirasakan amat menguntungkan. Bagi Adnan Seman sendiri, beliau sendiri pastinya akan memberi khidmat semaksima mungkin kepada semua pihak tanpa mengira fahaman parti sekiranya diberikan kepercayaan oleh lebih 83,000 pengundi berdaftar di kawasan ini.

Pilihan di tangan anda untuk memilih siapa dan parti mana patut diberi kepercayaan untuk tempoh 5 tahun akan datang. Jika ditanya pada Admin, pastinya akan piliha Adnan Seman sebagai wakil rakyat di Bandar Tun Razak.

1 comment:

  1. Saya kenal Adenan Seman.. Lawyer terbaik..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...