Full Width CSS

NKP #UMNO Malaysia : Shahril Hamdan atau Fariz Hadi #PemilihanUMNO #Pemuda


Menjadi perwakilan Pemuda UMNO Bahagian dan perlu menjalankan kewajipan memilih siapakah bakal pemimpin perlu dibawa ke tahap tertinggi terutama peringkat nasional, sememangnya tanggungjawab yang sukar dan besar. Salah pilih, naya nak mengadap 3 tahun lagi. Aku tak mengenali Shahril Hamdan @ Pet secara rapat tapi berdasarkan pemerhatian aku mengenai debat antara beliau dan Syed Saddiq, nampak kelebihannya tersendiri. Malah pemikiran beliau lebih matang dan kritis. Bak kata orang, dia ada otak kalau compare dengan juara debat tu. Itu jer lah yang nampak ketara mengenai diri Pet.

Pilihan seterusnya sahabat aku, Fariz Hadi. Kami kenal melalui media sosial dan seterusnya kerap bertemu & bertukar-tukar fikiran. Secara peribadi gak aku leh rumuskan mengenai mamat ni, dia jenis merendah diri. Respect kawan² dan tahu bawak diri, kalau campak kat mana pun dia boleh hidup. Menariknya mengenai Fariz ni, dia berani dan lantang bersuara. Aktiviti kegemaran dia adalah menerjah masuk program PH dan bertanyakan soalan bukan feberet penonton & para panelis sehingga Perdana Menteri hari ini pun tergagap nak menjawab.

Aku cadang kita sokong dan undi Fariz Hadi sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga berharap Pet dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. Kita masih perlukan kedua² mereka untuk memperkukuhkan dan merevolusikan parti. Jangan bunuh semangat anak muda yangmempunyai keinginan membantu perjuangan parti nya demi agama, bangsa dan tanah air.

Post a Comment

3 Comments

  1. Jangan Shiok Sendiri ... Org dah Tak Peduli ... Umno is Dead ... Ha Ha x 2.6 Billion ...

    ReplyDelete
  2. Ki ki ki..2.6 biliun kes dh ke tong sampah
    .ki ki ki
    .

    ReplyDelete
  3. Sekarang kes akaun cucu rm100 pn di bekukan..desprate betul nk kan najib tidor lokap..apa punya malaun..oooo. Macai lg pandao..ringgit dh mencanak naik..rm100 tu bersamaan 2.6b...ki ki ki...uneducated macai

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..