Tuesday, June 12, 2018

UMNO Perlukan Orang Seperti Tun Faisal Berani Ke Hadapan Tangkis Isu #Manis


Selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, dengan penuh kerendahan hati, saya TUN FAISAL ISMAIL BIN AZIZ, nombor ahli UMNO 03422891, dari UMNO Bahagian Putrajaya ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA bagi sesi 2018-2021.

Besarlah harapan saya sekiranya Datuk-Datuk, Tuan-tuan, Puan-puan dan sahabat-sahabat perjuangan sekalian dapat memberikan restu dan sokongan, dan insyaAllah sokongan ini akan saya terjemahkan dalam bentuk kesungguhan tindakan untuk memartbatkan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
"UMNO PERLUKAN PERUBAHAN, TAPI BUKAN MENGUBAH PRINSIP PERJUANGAN" - TUN FAISAL ISMAIL BIN AZIZ

1. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk melakukan perubahan strategik di dalam UMNO selepas kalah mengejut dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Parti kita memerlukan pasukan baru di peringkat kebangsaan, negeri dan bahagian.

2. Parti kita memerlukan sikap, budaya, pendekatan dan gerak kerja baru untuk mengembalikan sokongan ahli, penyokong dan rakyat. Bagaimanapun itu tidak bermaksud prinsip dan perjuangan UMNO juga mesti diubah.

3. UMNO tidak ditolak kerana perjuangannya membela Islam, institusi Raja-raja Melayu, orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap sesetengah pemimpinnya di peringkat nasional, negeri dan bahagian serta dasar dan tindakan tertentu kerajaan yang dilihat rakyat sebagai membebankan mereka.

4. Walaupun UMNO perlu berubah, tetapi UMNO tidak boleh diubah menjadi sebuah parti sosialis dan menyokong fahaman liberalisme dan sekularisme semata-mata untuk mendapat undi.

5. Kerana itu, selepas mengambil kira pandangan ahli dan penyokong parti, dengan penuh kerendahan hati, saya TUN FAISAL ISMAIL BIN AZIZ, nombor ahli UMNO 03422891, dari UMNO Bahagian Putrajaya ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA bagi sesi 2018-2021.

6. Berikut adalah ikrar saya jika dipilih dan diberi kepercayaan oleh perwakilan parti:

I. Memperkukuh perjuangan UMNO membela Agama, Bangsa, Rakyat dan Tanah Air
II. Melaksanakan pengkaderan ahli, menyusun semula operasi media sosial untuk parti
III. komited untuk berkerja keras untuk mengukuhkan dan memenangkan parti dalam PRU15
IV. Berani bersuara dan bertindak memantau kerajaan Pakatan sebagai pemimpin pembangkang. Mendedahkan kesalahan, penipuan dan kezaliman Pakatan pada setiap ruang yang tersedia
V. Komited menggerakkan usaha menggantikan kerajaan sedia ada yang menipu rakyat dan tidak mengotakan janji dengan kerajaan yang benar-benar membela rakyat dan menunaikan janji.

"BERANI. KOMITED. BERPRINSIP"


6 comments:

  1. Tun faisal merupakan org yg berani bersuara dan melontarkan idea terutamanya menangkis serangan pihak pembangkang (kini dah jd kerajaan) sebelum pru 14 lalu..

    Namun, atas ketidakpandaian beliau dlm menilai situasi politik semasa dan gagal menarik minat pengundi utk kekal mengundi umno @ bn adlh satu kelemahan nyata oleh beliau..!

    TAK LAYAK beliau bertanding jawatan MT..!

    Banyak lagi muka2 lain yg lebih diterima oleh rakyat kebanyakkan utk diketengahkan.. melainkan umno itu sememangnya sudah kehilangan momentum utk menyedari denyut nadi rakyat..!

    Perubahan umno harus dgn sepenuhnya! Bukan tiga suku..!

    ReplyDelete
  2. Saya berbangga dengan insan seperti tun faisal.

    Kebanyakan anggota umno yang saya jumpa longlai selepas pru.

    Teruskan usaha tuan!

    ReplyDelete
  3. II. Melaksanakan pengkaderan ahli, menyusun semula operasi media sosial untuk parti

    Ya, itu yang sebetulnya dilakukan oleh UMNO sebelum ini. UMNO dan juga BN sebenarnya kalah dalam perang persepsi menentang PH. Di samping tu juga sepatutnya UMNO/BN perbanyakan sesi penerangan kepada rakyat tentang dasar dan hala tuju semasa menjadi kerajaan dulu. Terutama tentang isu-isu yang kritikal seperti GST dan hutang negara. Isu ini sebenarnya menjadi barah kepada perjuangan BN selama ini.

    Bukan itu je, penerangan oleh parti sekutu juga kena diperbanyakkan. Rakyat sekarang perlukan maklumat yang betul, tepat dan cepat dalam media sosial selain daripada media tradisional.

    Lepas ini, wujudkan satu TVUMNO untuk ahli UMNO dan rakyat melihat apakah gerak kerja dan pesanan yang disampaikan oleh pemimpin parti kepada ahli. Boleh dimulakan sewaktu perhimpunan agung umno nanti.

    ReplyDelete
  4. Inilah talibarut yang dimaksudkan oleh Rais Yatim.

    Sikap membodek kuat inikah yang mahu diterjemahkan ke dalam umno?

    Semasa rakyat bangkit mempersoalkan perjuangan umno yang terkeluar landasan sebelum pru, apakah dia menegur pucuk pimpinan?

    Disokong lagi dengan tulisannya yg dangkal, orang macam ini pemikir JASA, makin lingkup.

    ReplyDelete
  5. kalau nak nama pangkat & duit pigi lah

    air muka pun dah tau nak apa..

    ReplyDelete
  6. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...