Thursday, December 27, 2018

Yang Melatah Isu Panas Rusuhan Kuil Pula Ditangkap, Dalang Tak Kena Lagi


Secara peribadi, aku kasihan dengan nasib Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah kerana membuat ucapan yang berbaur ugutan semalam dalam Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib & Desakan Pecat P. Waytha Moorthy.

Menurut pihak Polis, siasatan lanjut akan dijalankan ke atasnya berhubung ugutannya sebelum ini untuk menyerang balai Polis jika tiada tangkapan dibuat terhadap penyerang @ pihak yang menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib.



Oklah tahniah Polis kerana segera mengambil tindakan dan berjaya mengelakkan berlakunya kekacauan yang tidak diingini di mana-mana balai Polis.

Tapi si dalang dan pelaku yang menyebabkan berlakunya huru hara di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ sehingga menimbulkan gangguan kepada pengguna dan penduduk setempat, tidak diambil tindakan sepenuhnya.

Teorinya amat mudah,

1. Datuk Azwanddin tidak akan berucap sedemikian rupa jika Muhammad Adib tidak meninggal dunia.
2. Muhammad Adib tidak meninggal dunia jika tiada berlaku kebakaran @ kerosakan harta benda ketika rusuhan berlaku.
3. Rusuhan tidak akan berlaku sekiranya pihak kuil memujuk para penganut bertenang dan tindakan tegas terus diambil oleh pihak berkuasa sehingga menyebabkan keadaan jadi tak terkawal.
4. Pemaju perlu dipersalahkan kerana mengambil tindakan sedemikian rupa dengan menurut maklumat tak rasmi kononnya mengupah kumpulan tertentu untuk ambil alih kuil tersebut.
5. Menteri juga perlu dipersalahkan kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas berbaur perkauman di sini.

Amat tidak adil, tindakan segera hanya dikenakan terhadap Datuk Azwanddin kerana tindakan beliau adalah respon terhadap segala perkara yang berlaku. Masyarakat kita terutamanya orang Melayu memang kecewa dengan perkara yang berlaku mutakhir ini. Dan tidak memeranjatkan apabila kenyataan berbaur ugutan ini keluar dari orang-orang Melayu itu sendiri.

1 comment:

  1. malaysia baru yang pelik...
    Polis tak buat kerja dia sebab tak ada arahan dari peguam negara
    Peguam negara kawan baik kepada rakan2 dia yg kat luar negraa membeurukkan malaysia kata orang hindu dipaks amasuk islam...

    Apa lagi yang kita ada???

    Kalau rakyat bangkit, janganlah nak ambil tindakan sedangkan apa yg berlaku piun polis dan peguam negraa macam tak kisah sebab nak jaga kepentingan masing2...

    Rindu zaman BN dan Najib...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..