Full Width CSS

Edisi Januari 2019 : 5 Sebab PH Tak Patut Jadi Kerajaan Persekutuan Selepas PRU 15


Perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan hari ini dan anda rasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu ditukar pada Pilihanraya Umum 15 akan datang atau dalam bahasa yang paling mudah difahami, patut kena tendang keluar daripada kerusi empuk di pejabat² kerajaan Persekutuan hari ini.

Untuk versi bulan Januari 2019 ini, saya kongsikan 5 Perkara PH Tak Patut Jadi Kerajaan Persekutuan Selepas PRU 15.
Jom baca dan nilaikan.


1. Main Golf Dalam Pejabat


Gambar dirakam dan disebarkan melalui aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang pegawai di Pejabat Menteri Kementerian Belia & Sukan sedang mencuba bermain golf di dalam pejabat.

Kot ya nak amalkan cara hidup sihat pun, beragak² lah tempatnya tu. Harap² otak dia masih ada kat kepala, risau dia simpan kat dalam peti ais kat rumah.


2. Ugut Pengundi Cameron Highlands


Sudah tiada modal untuk mengembalikan keyakinan rakyat terutamanya di Cameron Highlands semasa PRK Parlimen tersebut, Menteri Kewangan terpaksa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada pengundi² di sana.

Politik ugut mengugut ini seumpama sudah menjadi perkara biasa kepada PH bagi memastikan rakyat akur dengan kehendak nafsu politik mereka. Dalam bahasa sainstifiknya dipanggil menggelabah takut kalah.


3. Kebajikan Atlet Mula Terabai


Sebut jer nama atlet Irfan Shamsudin, confirm peminat sukan terutama olahraga akan kenal dengan anak muda ini. Beliau atlet yang mempunyai pencapaian sangat awesome di mana² kejohanan dunia dalam acara melontar peluru dan melempar cakera.

Terbaru, atlet muda ini mengeluarkan kenyataan di instagram nya yang menyatakan pelbagai kekesalan yang beliau hadapi since Kementerian Belia & Sukan diterajui oleh Syed Saddiq yang kini dilihat cenderung ke arah e-Games ataupun online games. Maka kebajikan para atlet yang banyak menyumbangkan jasa dan nama, akhirnya dibiarkan terkapai² begitu saja. Ramai lagi atlet yang mula berfikir untuk bersara awal meskipun keringat mereka masih di tahap tertinggi.

Cuba anda usha sendiri pencapaian mamat ni - sini.


4. DAP Tak Setuju Islam Agama Rasmi Persekutuan


Dahulu semasa Barisan Nasional (BN) memerintah, kami di pihak kerajaan ni dah habis puas menasihatkan orang muda dan geng tak berpuak ni supaya jangan salah membuat pilihan semasa PRU 14 kelak kerana dijangka hal² sebegini akan terjadi. Namun kami dituduh cuba menakut-nakutkan rakyat sebab kononnya UMNO @ BN takut kalah dan hilang kuasa. Pastu ada suara yang berkokok kata, selagi orang Islam kat atas tu memimpin, selagi itulah Islam tidak akan diganggu-gugat.

Cuba tengok sekarang ni, apa dah jadi? Perdana Menteri kau pun Melayu, ada dia komen apa² fasal hal ni? DAP lead the government sekarang ni, bukannya PKR mahupun Bunga.


5. Nasib Anggota Bomba Tidak Diperjuangkan Oleh Pemimpin Dan Menteri KPKT


Kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya telah hampir 2 bulan berlalu dan genap sebulan anggota Bomba Muhammad Adib telah meninggal dunia akibat daripada kejadian tersebut. Semasa arwah ditempatkan di unit ICU, ramai pemimpin PH datang melawat untuk zahirkan rasa 'simpati' dan buat sikit mileage politik.

Selepas Adib meninggal dunia, keluarga dan rakyat diminta untuk bertenang dan menunggu hasil keputusan inkues terhadap kematian mangsa. Berkokok lagi rakyat kat bawah ni bagai nak gila semata² bagi memastikan keputusan tersebut disegerakan namun kerajaan terus diam membisu. Pertanyaan yang serupa juga ditanyakan oleh keluarga Allahyarham namun hampa.

Nak tunggu Menteri KPKT bersuara, baik dia ambil langkah @ cerita yang lebih selamat iaitu sembang bab baju kalis api bomba yang dikatakan tidak bertukar daripada tahun 2017 dan telah lusuh. Cerita bab arwah Adib? Tiada

Sekian dahulu untuk Edisi Januari : 5 Sebab PH Tak Patut Jadi Kerajaan Persekutuan Selepas PRU 15. Admin akan tambah lagi pada posting lain sekiranya rakyat berminat menjatuhkan kerajaan PH sedia ada.

Hidup jangan bimbang asal kerajaan tak sembang !!.


Post a Comment

1 Comments

  1. Salah pangkah dapat tahi...cerita P. Ramli.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..