Full Width CSS

Bandar Tun Razak Lagi

BANDAR TUN RAZAK: Berlagak samseng, mabuk di tempat awam, kerap bergaduh sesama sendiri, berkelakuan tidak sopan dengan wanita tempatan dan memandu serta meletakkan kereta sesuka hati hingga membahayakan orang lain.

Begitulah perangai yang ditunjukkan warga Afrika di Taman Connaught di sini yang menjadikan sebuah restoran ala bar di Jalan Menara Gading sebagai markas mereka hingga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk sekitar.

Tinjauan Sentral mendapati restoran terbabit dipenuhi dengan warga Afrika yang berpeleseran sambil minum arak, termasuk di bahagian luar premis.

Ada juga beberapa wanita tempatan dilihat melayan warga Afrika terbabit, selain wanita warga Afrika sendiri.

Seorang penduduk, Saghai Nathan, 45, berkata beliau pernah menerima ugutan bunuh daripada seorang warga Afrika selepas melaporkan pergaduhan yang berlaku di restoran terbabit kepada polis.

“Pada satu malam awal bulan lalu, berlaku satu pergaduhan di restoran itu dan ia sudah sampai ke tahap mereka menggunakan botol serta kayu sebagai senjata.
“Mereka mengetahui saya melaporkan kejadian itu dan pada 6 September lalu, seorang daripada mereka mengugut saya ketika makan di restoran bersebelahan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, memang terdapat sebuah kolej swasta di kawasan berhampiran tetapi pengunjung restoran terbabit bukanlah pelajar jika dilihat berdasarkan usia mereka.

Seorang pemandu teksi, Steven Kumar, 24, berkata kenderaannya pernah dilanggar dari belakang oleh seorang warga Afrika di hadapan restoran itu yang mengakibatkan berlaku pergaduhan antara mereka dan beberapa pemandu teksi.

“Mereka enggan membayar ganti rugi berikutan kejadian itu, sebaliknya berlagak samseng dengan berkata saya akan mati jika perkara ini berlaku di negara mereka.

“Terdapat juga aktiviti maksiat di restoran terbabit kerana ramai wanita pelayan khidmat pelanggan (GRO) pernah menggunakan khidmat teksi saya di situ,” katanya.

Beliau berkata, jumlah dan aktiviti tidak sihat warga Afrika ini perlu dikawal bagi menjamin kesejahteraan penduduk di situ.

Sumber : Berita Harian (12 Oktober 2010)


Komen

Berita mengenai awang itam di kawasan serpihan Bdr Tun Razak ni dah byk kali disiarkan di media cetak dan elektronik. Tp tiada pelaksanaan & tindakan penah diambil terhadap mereka ni. Cuma yg hanya selalu didengari spt memberi respon dan perhatian.

Apakah kita mahu menunggu berlakunya jenayah rogol dan samun terhadap warga tempatan baru mahu ambil tindakan?

Adakah kita mahu menunggu Taman Connaught menjadi pekan 'rasmi' awang itam ni?

Bukannya mahu berlaku racist tetapi jika dibiarkan lama kelamaan ia akan merebak dan menjadi ancaman kepada penduduk kawasan Bdr Tun Razak. Kita risau mereka ini membawa gejala yg tidak baik utk rakyat tempatan, ini termasuklah pengedaran dadah secara rahsia.

Mana perginya MP Bdr Tun Razak??
Takkan asyik dok tgk negeri S'gor je?
Kawasan Parlimen sdr kene tgk jugaklah. Kalo tak larat, letak je jawatan. Kita cari org lain yg bersungguh bleh wat keje..


Post a Comment

2 Comments

  1. Kalau di Taman Connought ade Mat Hitam, di Cheras Baru pula org Rohingya.

    Pernah yg peremuan mereka ini bergadoh dgn Mak Cik Melayu dan mereka kata "Kalau nak report Polis, pergilah, tengok siapa kena tangkap lu atau saya". Begitu berani mereka ini.

    Di Cheras Baru ini, kita akan selalu nampak penunggang motor roda 3 membawa penumpang, semua tanpa helmet. JPJ ada luluskan motor roda tiga bawa penumpang ke ?

    Kenapalah PDRM/JPJ begitu takut dgn pendatang ini ?

    Nani PJ

    ReplyDelete
  2. tak tau la kdg² mmg kita nmpk Polis/JPJ ni begitu..

    kalo dgn rakyat M'sia terutamanya Melayu, bkn main garangnye tp bile dgn org luar..perghhh pijak semut tak mati la..

    persoalan tu susah nk jwb~

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..