Full Width CSS

Respon Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kepada Shahrizat


a) Meminta 1.3 Juta Anggota Wanita UMNO Untuk Menjadi Tulang Belakang UMNO Bagi Memastikan Kemenangan BN Dalam PRU13. Sanggup Menyinsing Lengan Dan Seumpamanya ; Dan

b) Dakwaan DS Shahrizat Bahawa Di Bahu Wanita UMNO Tugas & Tanggungjawab Untuk Kembalikan Maruah Bangsa, Agama Dan Negara :


1. Muslimat PAS sesungguhnya akan terus mendoakan “hidayah” daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam UMNO, agar menjadikan Islam sebagai “Dasar ”, “Panduan Hidup” serta “Matlamat Utama” kehidupan hatta perjuangan mereka sementelah mereka itu sendiri sebenarnya merupakan ummat Islam dan ummat Muhammad SAW. Salah satu ciri utama dan sifat yang penting sebagai ummat Muhammad SAW ialah “mengerjakan yang makruf, menjauhi yang mungkar serta beriman kepada Allah”, sepertimana yang disebut Allah di dalam Al Qur’an, Surah Ali Imran : 110.

2. Justeru yang demikian, apa sahaja yang kita lakukan sebagai ummat Muhammad SAW mesti mengutamakan apa yang Islam yakni Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW suruh. Sedangkan antara tugas utama Nabi Muhammad SAW diutuskan ke dunia adalah bagi menyempurnakan akhlaq yang mulia di kalangan manusia. Oleh yang demikian, yang cintakan dan mahu pertahankan maruah agama (Islam) , wajib terlebih dahulu memerhatikan dan memelihara akhlaqnya. Sinsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan kita sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam.

3. Beberapa ciri dan sifat yang disebutkan oleh Presiden UMNO misalnya yang diperakui oleh DS Shahrizat sebagai semua ciri itu ada dalam Wanita UMNO, seperti contoh Taat, Setia dan seumpamanya ; sewajarnya tidak boleh melebihi prioritas Ketaatan dan Kesetiaan kita kepada Islam itu sendiri. Nah, di sini beza dua parti Melayu terbesar ini. Kita di dalam PAS jelas akan hal ini, sebab itu pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi. Namun PAS sebagai Gerakan Islam fitrahnya semakin hari akan semakin utuh dan kukuh.

4. Taat dan Setia yang paling tinggi dalam kehidupan ummat Islam adalah Taat dan Setia kepada Allah, RasuluLlah SAW, dasar-dasar dan kaedah-kaedah serta prinsip Islam . Kemudiaannya diikuti dengan yang lain , misalnya Perlembagaan Parti, Keputusan-Keputusan Syura (Mesyuarat Parti), Kepimpinan dan sebagainya. Namun, ianya tidak boleh bertentangan dengan kehendak Allah, Rasul SAW dan Islam sebagai “deenul hayah” yakni “The Way Of Life” – Cara Hidup.

5. Di situ bezanya kesedaran seorang Islam yang bukan sahaja “hidupnya berTuan” tetapi juga mesti lebih insaf bahawa “hidupnya juga berTuhan”. Walau sebesar zarrah, kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita buat dan kita ucap.

6. Menyedari dan menginsafi itu, maka insyaAllah jangankan 1.3 juta ahli Wanita UMNO itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun ; Muslimat PAS sudah siap siaga insyaAllah. Dengan keyakinan bahawa Perjuangan ini benar dan Allah SWT akan menitipkan segala pertolonganNya kepada kita, insyaAllah.

7. Para Mujahidah dan Murabbiah Muslimat PAS sejak PRU12 yang lepas telahpun “mengambil posisi tempur” masing-masing. Jentera Penerangan Muslimat PAS telahpun sejak awal menggariskan 6 Propaganda Jahat UMNO Barisan Nasional yang kita sedar sedang dimainkan khususnya ke akar umbi Pengundi Melayu bagi memperbodohkan rakyat. Inilah yang terzahir melalui keghairahan DS Shahrizat ketika melaungkan : “Ingat ya…terletak di bahu Wanita UMNO untuk mengembalikan maruah bangsa, agama dan negara..”. Rakyat dan semua kita harus peka dan sedar bahawa inilah sebahagian daripada 6 Propaganda Jahat UMNO Barisan Nasional itu.

8. 6 Propaganda Jahat yang menakut-nakutkan Pengundi Melayu ini Jentera Penerangan kita santuni. Nah, ini seterusnya barangkali boleh diambil perhatian oleh Ketua Pemuda UMNO yang galak melaungkan ungkapan-ungkapan berbau bangkai 6 Jahanamnya! Barangkali juga Khairy Jamaluddin gagal untuk belajar dan faham adab sopan ketinggian budi dan bahasa orang Melayu.

9. Persidangan Wanita UMNO dan Persidangan UMNO itu keseluruhannya pada hemat saya GAGAL mencapai objektif murni sesuatu Mesyuarat Agung iaitu membuat Muhasabah, Berlapang Dada Dengan Teguran, Merancang Ke Arah Pembaikan Dan Itqan. Lebih malang, Persidangan Agung UMNO itu berlangsung pada ketika mana rakyat masih bergelut dengan segala kepayahan hidup ditambah pula dengan salah guna kuasa, salah urus tadbir dan kedzaliman Regim UMNO BN. InsyaAllah, ramai rakyat yang susah dan derita itu akan Tumbangkan UMNO BN dalam PRU13. Itu Iltizam Muslimat PAS.


AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan

Ulasan :

Secara keseluruhannya kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS ini umpama anjing yg takut pada bayang² sendiri. Perkara yg dikupas di atas berkisarkan Perhimpunan Agung UMNO 2011. Ini soal dalam parti kami, org yg di luar parti tak perlu risau dan bimbang.

Selama 54 tahun Malaysia merdeka dan diperintah oleh BN, belum lagi UMNO bercita² mengancam bangsanya sendiri.

Sebaliknya PAS yg sengaja mereka² cerita kononnya kewujudan 6 Propaganda Jahat UMNO/BN. Lihat bagaimana PAS sengaja memutarbelitkan isu sehingga ia menjadi satu isu seakan racist dan menakutkan orang Melayu itu sendiri.

Saya yakin ke semua ahli UMNO tahu membezakan antara ketaatan kepada Allah, Rasul, Pemimpin dan Parti. Istilah taat ini tidak hanya tertuju kepada pendekatan keagamaan sahaja. Ketaatan kpd pemimpin dan parti pula berlainan caranya. Ini taat kepada pemimpin.

Seperti sabda Rasulullah S.A.W.

"Sesiapa taat kpd aku maka sesungguhnya dia taat kpd Allah. Dan sesiapa derhaka kpd aku maka sesungguhnya dia derhaka kpd Allah. Dan sesiapa taat kpd pemimpin maka sesungguhnya dia taat kpd aku. Dan sesiapa derhaka kpd pemimpin maka sesungguhnya dia derhaka kpd aku"

Antara sabda yg lain juga..

"Patuh (mendengar) dan taat hanyalah benar selagi tidak diperintah dengan kemaksiatan. Jika diperintah dengan kemaksiatan maka tiada lagi kepatuhan dan ketaatan."

Antara contoh taat kepada parti pula spt tidak mengadakan sebarang unsur khianat iaitu mendajal parti dgn sengaja mencipta kekalahan demi kepentingan peribadi. Ataupun menggunakan platform parti utk menjahanamkan parti yg memperjuangkan nasib bangsa dan mempertahankan Islam sbg agama rasmi di Malaysia.

Lihat artikel nombor 8, siapa sebenarnya yg gagal belajar adab sopan? Siapa yg mula² menghina sesama bangsa dan agama? Siapa yg mengkafirkan sesama bangsa dan agama? Adakah Khairy ataupun orang² di dalam PAS. Tepuk dada tanya Nik Aziz !~

PAS perlu mencermin diri sendiri sebelum memberi sebarang kenyataan berhubung isu #PAUMNO.

Post a Comment

8 Comments

  1. Betul tu. Apalah makcik ni sibuk sangat.......kalau Shahrizat nak bagi makan Laki serta anak-beranak dia, kenapa jeles. Bukankan dia tealh diberi mandat oleh PM serta berjuta ahli UMNO untuk buat apa yang dia nak..........kalau dia nak sinsing lengan ke buang bra ke dia punaya pasal lah.....

    ReplyDelete
  2. PAS mula berasa terancam selepas PAUMNO yang lepas

    ReplyDelete
  3. "Sinsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan kita sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam."

    Komen:

    Hanya Pas pertahankan maruah agama? kah kah kah

    Mudahnya masuk bakul dan angkat diri sendiri? kik kik kik

    Terakhir, lupakah Pas siapa yang beri jenama Taliban pada mereka?

    ReplyDelete
  4. Hahahaha PAS nak nasihatkan UMNO???

    Tengok mcmne parti sendiri dulu lah woiiiii

    ReplyDelete
  5. Eh kelakar betul pas bila berkata2. Macam malaikat turun malam lailatul qadar pula.

    Lebih baik diam makcik oi, takde orang nak fitnah. Duit air rakyat mana?

    ReplyDelete
  6. follow & paut your blog bro.

    TQ

    yuseriyusoff.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Hahaha PAS kan parti dijamin masuk syurga

    ReplyDelete
  8. saya suka menyinggah di blog Saudara. Intipati saudara berkisarkan perihal politik.

    Namun, saya agak terkilan dengan posting ni, bila saudara memberi ulasan menggunakan hadis Nabi. Siapa perawinya? Mana sanadnya? Apa syarahnya?

    Jangan buang kredibiliti blog saudara sehingga mempermainkan soal agama. Kalau saudara kat itu mainan PAS, takkan saudara juga terikut2 akan permainan tersebut?

    Sekadar pandangan

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..