Full Width CSS

Peluang Kedua Ahli Perniagaan Tulen Yang Bankrap & Muflis @sohaimishahadan @NajibRazak #TolakPR


Sohaimi berucap pada Majlis Perlancaran.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu, saya selaku wakil Pergerakan Pemuda UMNO dalam usul ekonomi telah mencadangkan agar kerajaan memberi perhatian kepada pemiutang yang diisytiharkan muflis.

Ini kerana baru baru ini, kita telah didedahkan oleh media massa bahawa betapa kroniknya fenomena muflis di negara kita dan paling memeranjatkan ia melibatkan golongan muda di bawah usia 40 tahun.

Mengikut rekod Jabatan Insolcensi Malaysia, antara punca utama kes kes kebangkrapan ini ialah hutang perjanjian sewa beli (26 peratus), hutang pinjaman peribadi (21 peratus), hutang pinjaman perumahan (14 peratus) dan hutang hutang lain, misalnya perniagaan dan sebagai penjamin.

Akta kebangkrapan 1967 yang ketat didakwa menyebabkan ramai golongan belia menjadi muflis. Lebih menyedihkan apabila golongan ini seolah olah tidak mendapat peluang kedua untuk membaiki kesilapan yang dilakukan.

Jika tiada langkah langkah pencegahan diambil, jumlah golongan belia yang muflis akibat berhutang mungkin mencecah 220,0 orang menjelang tahun 2020. Kita bimbang jika perkara ini dibiarkan, ia pasti mengancam masa depan negara kerana golongan belia merupakan sumber produktiviti negara.

Usul dikemukakan itu mendapat perhatian Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengulung perbahasan pada hari terakhir dengan berkata bahawa kerajaan akan membuat peraturan baru berkaitan undang undang kebankrapan kerana undang undang adalah ketat.

Kerajaan juga akan mengkaji semuda dan membuat peraturan baru serta mencari jalan bagaimana melepaskan individu daripada kemelut kebangkrapan terutama yang berhutang dalam kos yang munasabah.

Dua tahun lalu, iaitu pada 24 Julai 2010 sebuah akhbar berbahasa Melayu ada memetik Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan meminda Akta Kebangkrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada ahli perniagaaan tulen yang jatuh muflis akibat faktor luar kawalan kembali meniaga.

Justeru, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO bertindak proaktif dalam menwujudkan jaringan media sosial untuk membantu golongan ini mendapatkan peluang kedua.

Orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau Facebook dan Twitter : Muflis Peluang Kedua untuk mendapatkan respons dan menjadi platform mengenai pembelaan dan permasaalahan isu muflis ini.


Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh menyalurkan idea dan dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bangkrap 1967 bagi membantu golongan ini khususnya generasi muda untuk keluar daripada belenggu muflis.

Kami juga akan bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu pemiutang yang diistiharkan muflis ini melalui program pengurusan kredit yang dijalankan agensi itu.

Sekali lagi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan menegaskan bahawa suda sampai masanya Akta Kebangkrapan ini dikaji semula bagi membolehkan individu muflis mendapatkan pelepasan secara automatik selepas tiga tahun. Ini akan membolehkan usahawan muda memulakan kembali perniagaan mereka memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah gagal sebelum ini.

Dato' Sohaimi Shahadan
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

ISNIN, 17 DISEMBER 2012

Post a Comment

5 Comments

  1. Undang2 perlu di gubal. Org muflis mesti teruskan hidup sehingga hayat dia.Hutang RM30K dah bolih muflis.Mesti ada perbezaan antara hutang RM30K dgn RM100K atau RM250K keatas.
    Si muflis perlukan keperluan2 macam rumah,kereta & sebagainya.Ini sepatutnya pihak bank membenarkan si muflis membayar hutang2 mereka setiap bulan saperti biasa...org muflis perlukan keperluan ini.

    ReplyDelete
  2. Dulu kita tolong sahabat karib kita tuk amek motor dan kereta..tp bila dh dpt smua tu...dh jd lain..segala janji smua tak boleh pakai...orang muflis mcm kami ni mmg perlukan kereta dan rumah..berilah kami peluang kedua untuk smua ini dan bayar setiap bulan seperti biasa..

    ReplyDelete
  3. Di sini sya ingn mmbrikn beberpa pndpat tntang mslh kebankrapan:
    - mmbnarkn phak brknaan bolh mmbuka akaun smula brtujuan kmudhn kmasukn wang gaji, wang perniagaan(bkerja/brniaga smula).
    -potongn hutg lapuk mngikut kmampuan individu brkenaan.
    -dpt memperbaharui roktex knderaan, passport/visa samaada untk prniagaan/melncong
    -mmbenarkn phak brkenaan mmberi kbenaran untk mmiliki aset untk masa depan dan gnerasi akn dtg brada dlm stuasi yg cemerlang, gemilang dan terbilang.
    -buka pluang prniagaan/pkerjaan dan kursus dlm plbgai bidang ttpi phak brkenaan dlm pemantauan
    sekian, terima ksih
    (peluang kedua 1Malayisa)

    ReplyDelete
  4. saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya sendiri.bagus peluang ke2 dapat di wujudkan bagi golongan mereka yang dikategorikan bangkrap,bukan kemahuan mereka untuk bangkrap.Akta sedia ada perlu digubal.rakyat malaysia(yg bangrap)merana di bumi sendiri.
    sebab tu kes seperti along wujud...sebab mudah dapat pinjaman,kesannya berlarutan sehingga merosak institusi kekeluargaan.
    kenapa sahaja kerajaan tak mewujudkan pinjaman kepada rakyat yang berpendapatn rendah memohon pinjaman tanpa banyak kertas2 yahudi yang perlu disain.

    kalau kerajaan takda duit.....ada lagi talian hayat.......DUIT KWSP.
    BOLEH BUAT PENGELUARAN.......untuk dijadikan modal pinjaman.itu pun duit rakyat.......bukan duit kerajaan pun...!!

    kerajaan boleh mewujudkan BRIM,BLIM,KKRIM DAN LAIN LAIN SEBAGAINYA...KENAPA TAK BAGI JE PENGELUARAN KWSP BUAT RAKYAT.ITU HAK MEREKA,YA...ALASANYYA........SIMPANAN UNTUK HARI TUA.................BELUM TENTU LAGI KALAU UMUR MENCAPAI DIUSIA 55 TAHU ENTAH MATI KE APA KE.....SEBELUM DAPAT DUIT KWSP.BAGI PENGELUARAN SORANG RM5000 DARI DUIT SIMPANAN KWSP UNTUK DIJADIKAN MODAL BERNIAGA.....

    SEBENARNYA SAYA DAH KECEWA DENGAN PENTADBIRAN SEDIA ADA.GOLONGAN BERDUIT MEMANG TAKDA MASALAH..............SENANG CAKAP!!BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG BERPENDAPATAN RM1000 KEBAWAH DIMANA MEREKA BOLEH BUAT PINJAMAN?????

    ReplyDelete
  5. Kepada Kerajaan Malaysia,
    Kerajaan Malaysia yang terlalu memberi kuasa kepada bank menjadi penyebab kepada pengurusan tidak sempurna. Bank ialah punca utama seseorang individu menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.
    Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan caj dengan kadar faedah yang tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada jabatan yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
    Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yang keterlaluan.
    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis dan melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang muflis, ada banyak syarat yang mengikat si muflis seperti tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki melapor kpd Jabatan Insolvensi Malaysia), tidak boleh keluar luar negara bekerja (pasport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis mendapat wang untuk pelepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yang meningkat boleh diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yang dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrap hutangnya kalau melebihi RM150,000 ke atas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.
    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah jatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patut diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.
    Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yang tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..