Seperti kejadian yang berlaku awal pagi semalam di mana kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas, kereta dan motorsikal di kala orang ramai berpusu-pusu menuju ke tempat kerja.
Saya tertarik untuk berkongsi dan membetulkan kesilapan yang bersebaran hari ini dalam ruang maya baik di laman Facebook, Blog mahupun WhatsApp.
Saya percaya para penyebarnya berniat baik iaitu mahu berkongsi dan menjadikan ia sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya senantiasa berhati-hati di jalan raya. Tetapi kesilapan yang kerap dikesan adalah kurang membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebaran.
Berikut saya tunjukkan gambar sebenar kejadian pagi semalam.
Di bawah ini pula beberapa gambar yang disebarkan oleh sebilangan masyarakat kita yang concern tetapi gagal memanfaatkan penggunaan internet.
Lihat rujukan saya lakukan.
Ini laman web di atas. Usha tengok, ada tak pic seperti gambar ngeri di atas. Klik sini.
Jika dilihat tarikh ianya dimuat naik adalah pada Januari 2013.
Lihat pula gambar penunggang motorsikal yang maut ini.
Kalau dilihat dengan teliti, lokasinya tidak seperti yang diketahui iaitu berhampiran Plaza Tol Batu 3, Shah Alam. So secara terang²an gambar ini bukanlah semasa kejadian semalam. Full stop!
Bukanlah niat saya ingin menunjuk pandai tetapi saya terasa terpanggil untuk membetulkan keadaan dan fikiran para pembaca sekalian sebagai penerima maklumat. Cuma saya ingin menasihatkan para pembaca dan diri saya sendiri supaya tidak terlalu ghairah untuk membuat hebahan semata². Cuba lakukan research terlebih dahulu sebelum menyebarkannya agar maklumat yang diperolehi orang lain bermanfaat.
Di sini saya turut kongsikan bersama maklumat Pegawai Penyiasat Trafik untuk rujukan para pembaca.
Kenderaan Terlibat :
1. M/BAS JKH198
2. M/KAR WFL6046
3. M/KAR WTK6019
4. M/KAR BKJ8975
5. M/SIKAL BKB9499
Siasatan :
Dijalankan di tempat kejadian dapati kemalangan berlaku di KM 16.1 L/Raya Persekutuan dari Klang hala ke Kuala Lumpur.
Fakta kes :
Kejadian berlaku pada 19.6.2014 jam lebih kurang 0830hrs, dimana pemandu melalui L/raya Persekutuan dari arah Klang hala ke Kuala Lumpur didapati terbabas dan masuk ke laluan bertentangan iaitu dari Kuala Lumpur hala Klang telah melanggar M/kar
WTK6019,WFL6046,BKJ8975seterusnya M/bas terbabas memasuki laluan m/sikal dari arah Kuala Lumpur hala Klang dan melanggar M/sikal BKB9499.
Butiran mangsa cedera :
1. Penunggang m/sikal BKB9499 - cedera parah bahagian kaki.
2. Pemandu M/kar WFL6046 - Cedera parah bahagian kaki.
3. Penumpang M/bas satu (1) orang daripada 15 orang - cedera ringan.
Mangsa telah dibawa ke Hospital HTAR Klang.
Mohon story ini disharekan bersama. Terima kasih.
2 Comments
Terima kasih atas perkongsian penerangan bro
ReplyDeletepenguna2 facebook mmg dilimpahi dgn org2 bahalol....
ReplyDeletebahalol tahap iblis tetinggi.... blagak cam pandai sgla2nye... tp bangang betingkat2... friend list smpi beribu2... tp sume not real... cuba mtk tlg kat diorg tu...tgk sape btol2 sggup dtg bjupe n tlg org yg dlm ksusahan... tgk bpe rmai yg dtg
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..