Full Width CSS

Rakyat Berterima Kasih Kepada Imigresen Ambil Langkah Wajar @NajibRazak @Zahid_Hamidi @imigresenmy


Dalam satu keputusan yang dianggap penuh bersejarah, Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan pembatalan pasport Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. Kedua-dua mereka juga diletakkan dalam senarai hitam jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim yang mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar khas di pejabat beliau di sini hari ini berkata, sebelum ini tidak pernah ada mana-mana pasport rakyat Malaysia dibatalkan.

"Tindakan yang kita ambil amat berhati-hati. Kita akan bertimbang rasa dan berhemah. Namun kedua-dua individu ini amat melampau dan kenyataan-kenyataan dalam media sosial.

"Ini menimbulkan suasana tidak tenteram, justeru banyak pihak memberikan cadangan agar pasport mereka dibatalkan.," kata Mustafa.

Jelas Mustafa, pembatalan pasport kedua-dua individu itu dilakukan melalui penghantaran surat kepada alamat terakhir, si samping mewartakannya dalam akhbar-akhbar tempatan.

Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.

Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.

"Kita menghantar surat pembatalan ini esok ke alamat terakhir mereka yang terdapat dalam sistem kita. Sebaik surat berkenaan diserahkan kita menganggap ia telah diterima dan pembatalan berkuat kuasa serta-merta.

"Mereka kini berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara-negara berkenaan. Jika mereka ditangkap dan dibawa pulang kita akan terima," jelas Mustafa.

Kata beliau lagi, jika Ali dan Alvin ingin pulang ke Malaysia mereka perlu memohon melalui Sijil Perakuan Kecemasan yang hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia.

"Memiliki Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bukanlah satu hak. Ia hanya satu keistimewaan yang diberi kepada warga negara Malaysia untuk membolehkan mereka melakukan perjalanan keluar negara.

"Seperti yang dicatatkan di dalam pasport kita boleh menarik balik bila-bila masa," kata Mustafa.

Post a Comment

3 Comments

  1. dan KDN sepatutnya melakukan perkara yangs ama kepada individu Dorris Jones , yang mengasas akaun FB 'sabah sarawak keluar malaysia' ..

    Dorris Jones kian bersemanggat dan gelojoh mencipta aneka cerita karut dan bohong demi menghasut sentimen kebencian rakyat sabah dan sarawak terhadap kerajaan persekutuan yang disifatkan sebagai penjajah .
    semakin ramai generasi Y sabah sarawak terhasut , saya sebagai penduduk sabah melihat dan merasainya ,
    apakah beza maruah sebuah negeri dan maruah seorang Raja ?
    tolong sampaikan benda ini kepada KDN ..

    ReplyDelete
  2. Tahniah..aku harap lucut sekali warganegara..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..