Full Width CSS

Imej DS Najib Razak Tetap Sudah Terjejas Walaupun 3 Kes Ditarik Balik Pejabat Peguam Negara


Zaman sekarang ni memang macam-macam alasan pelik kita akan dengar. Ponteng kerja sehinggalah ke peringkat Peguam Negara ni.

Berhubung penarikan balik 3 pertuduhan terhadap DS Najib Razak ni ha. Pejabat Peguam Negara gagal sediakan dokumentasi seperti kertas siasatan dan kertas pendakwaan atau mudah nak faham, dorang ni tak cukup bukti nak buat pendakwaan. So Tommy Thomas pun bagi alasan seperti dalam gambar.

Lucu sekali Malaysia Baru ini.

* Paling penting untuk PH adalah 'personal injury' terhadap DS Najib has been done.

Berita penuh 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Najib Razak dilepaskan tapi tidak dibebaskan (DNAA) atas tiga tuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas menerima permohonan Peguam Negara Tommy Thomas.

"Melihat kepada permintaan pendakwa raya, saya mengarahkan supaya tertuduh dilepaskan tapi tidak dibebaskan daripada tiga tuduhan tambahan ," katanya.

Najib dikenakan tiga tuduhan tambahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001 pada 28 Jan lalu.

Seorang pembantu Najib kemudian memberitahu Malaysiakini tiga dakwaan baru itu dibuat sebagai "menghukum" bekas perdana menteri terbabit selepas dia membantu dengan "agak cemerlang" BN memenangi PRK Cameron Highlands.




"Saya fikir ini untuk menghukum Najib berhubung apa yang berlaku di Cameron Highlands. Saya mengesyaki demikian kerana prestasi Najib agak cemerlang di Cameron Highlands," katanya.

Sementara itu semasa mengemukakan permohonan berkenaan Thomas berkata pada 28 Jan lalu ada perbezaan cadangan sama ada tuduhan tersebut perlu disekalikan dengan dakwaan lain atau tidak.

"Untuk membantu mahkamah dan mengelakkan masalah kepada hakim untuk membuat keputusan mengenainya, saya mencadangan tidak perlu diteruskan tiga dakwaan tersebut di mahkamah ini.

"Justeru saya meminta agar perintah DNAA daripada yang arif untuk tiga tuduhan tersebut," katanya.


Sumber : MKini

Post a Comment

0 Comments