Full Width CSS

DAP Hangin Dengan Muhyiddin Fasal Persoal Tuntutan Keluarga Teoh Beng Hock


Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh membidas Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin kerana mengatakan keluarga mendiang Teoh Beng Hock berlebih-lebihan dalam membuat tuntutan mereka.



Peguam yang mewakili keluarga Teoh berkata, keluarga mendiang hanya mahukan keadilan ke atas kematiannya.

"Keluarga Teoh tidak menutut apa yang bukan hak mereka.

"Mereka memohon keadilan dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan keadilan dengan sewajarnya dan dengan cekap menyiasat kematian Teoh," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata saman penyelesaian oleh keluarga Teoh dibuat tanpa menjejaskan siasatan jenayah terhadap kes berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin semalam bahawa penyiasatan ke atas kematian Teoh telah selesai.

“Keluarga tidak puas hati walaupun sudah menerima bayaran pampasan, mereka tuntut lagi. Saya serah kepada peguam negara untuk buat keputusan sewajarnya,” kata Muhyiddin semalam.


Post a Comment

3 Comments

  1. Tak habis2 lagi cerita ahli DAP yang buat terjunan bebas dari atas bangunan ni... bukan ke dulu dah setuju dengan pampasan?

    ReplyDelete
  2. Kerajaan sepatutnya tidak membayar satu sen pun kepada keluarga ahli DAP yang telah membunuh diri dengan membuat terjunan bebas dari sebuah bangunan di Shah Alam beberapa tahun yang lalu. Sebaliknya kerajaan digesa memberi penumpuan penuh keatas kes pembunuhan M Adib oleh pelampau2 disebuah kuil.

    ReplyDelete
  3. Bunuh diri kemudian minta duit dengan kerajaan... apa daaaaaaa?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..