Full Width CSS

AES : Kenapa Buat Keputusan Popular Jika Keselamatan Rakyat Dijadikan Pertaruhan?


Saya agak kurang bersetuju dengan keputusan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam mengenai kamera AES yang dilancarkan baru² ini perlu ditangguh dan dikaji semula. Desakan tersebut dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO.

Di sini saya suka memberikan ulasan terhadap kamera AES. Mungkin pandangan saya sedikit berbeza daripada Pergerakan Pemuda UMNO namun hasrat saya adalah untuk memberi maklumbalas berlainan dari kebiasaan yang pembaca rasakan.

Dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk AES : Jom Kita Positip Sikit Pasal Kamera Ni. Saya melihat penguatkuasaan kamera ini secara positif walaupun fikiran saya sering bermain² adakah baik atau buruk dengan adanya kamera AES ini.

Saya merujuk perkara AES ini kepada beberapa orang kenalan. Rata² antara mereka tidak berpuashati dengan pemasangan kamera yang bertujuan mendisiplinkan pemandu di jalan raya. Apabila saya bertanyakan mengapa tidak setuju, jawapan yang diberikan kebanyakkannya memberitahu pemasangan lokasi kamera tidak strategik, merbahayakan keselamatan pemandu akibat terkena flash kamera tersebut dan pelbagai lagi alasan.


Mungkin 1001 alasan boleh diwujudkan kerana tidak menggemari sesuatu perkara dan juga mungkin 1001 pujian boleh dicipta kerana menggemari sesuatu perkara. Jadi tidak hairanlah mengapa isu kamera AES dipersoalkan dan menjadi topik perbualan rakyat di sini.

Saban tahun apabila tibanya musim perayaan, banyak kejadian² kemalangan terjadi dan banyak nyawa melayang begitu saja. Ada kemalangan yang terjadi disebabkan kelalaian diri sendiri dan juga kelalaian orang lain. Disebabkan hal sebegini, satu langkah diambil oleh kerajaan iaitu menguatkuasakan penggunaan AES agar pemandu memandu lebih berdisiplin, kemalangan dapat dikurangkan, pemanduan di jalan raya akan lebih tertib dan yang paling penting, rakyat menghargai setiap nyawa di dalam negara ini.


Pengalaman saya melalui Lebuhraya Utara-Selatan pada musim perayaan baru² ini. Selama 3 hari berturut² saya melalui jalan yang sama. Pemerhatian saya mendapati, pemandu mematuhi had kelajuan jalan raya seperti yang terpapar di papan tanda. Tidak banyak kenderaan yang menggunakan lorong kanan kecuali kenderaan mewah, mungkin mereka golongan berada dan mampu bayar saman.

Saya juga mendownload aplikasi AES pada telefon pintar Android saya dan saya mendapati kebanyakkan tempat² yang ditanda mempunyai kamera AES sebenarnya tiada pun kamera tersebut. Tetapi pemandu² tetap memperlahankan kenderaan dan mengikuti had kelajuan yang ditetapkan.

Senario tersebut membuatkan saya terfikir bahawa usaha kerajaan sebenarnya berkesan secara tidak langsung. Pergerakan trafik sangat lancar pada ketika itu di mana semua kenderaan mengikut had laju yang standard dan tiada kenderaan yang memandu laju dan brek secara mendadak dan sebagainya.


Tipulah jika saya katakan, saya tidak pernah memandu laju dan melanggar had laju yang ditetapkan. Saya percaya para pembaca pun sama seperti saya. Ada masanya, tekan pedal minyak tu nun jauh ke dalam tapi apabila terbaca papan tanda Kamera Di Hadapan / Awas, Anda Sedang Diperhatikan dan pelbagai lagi tanda amaran yang melibatkan Polis & Kamera pastinya para pembaca pun memperlahankan kenderaan kerana risaukan di saman.

Namun semasa membawa pada kelajuan maksimum, adakah kita terpikir tentang keselamatan nyawa sendiri, penumpang dan nyawa orang lain di sekitar kita? Sebenarnya kita akan sedar mengenai perkara tersebut apabila melihatkan kejadian kemalangan yang berlaku di hadapan mata sendiri. Ketika itulah bagaikan ada satu azam di dalam dada untuk lebih berhati².


Cuma apa yang kerajaan lakukan di sini ialah langkah pencegahan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Bayangkan tiba² yang menjadi mangsa kemalangan dan mati tersebut sebenarnya seorang Doktor yang merupakan pakar penyakit kanser. Seorang doktor yang berupaya menyelamatkan ribuan nyawa pesakit kanser yang lain.

Adakah kita terfikir, kanak² yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya merupakan pelajar paling pintar di negeri tertentu dan mungkin menjadi pemangkin semangat buat ratusan ribu kanak² di seluruh negara. Mungkin kita tidak pernah memikirkannya namun itu adalah perkara yang patut kita sedari mulai hari ini.

Bagi saya, keputusan yang hendak dibuat hari ini hendaklah bukan berdasarkan populariti dan menjuarai rakyat semata². Undang² jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan. Tidak ada sebarang pelepasan untuk melanggar undang².

Undang² yang dikuatkuasakan releven dengan perkembangan semasa dan undang² perlu dihormati waima siapa pun diri kita dan mereka. Satu perkara yang perlu rakyat Malaysia ingat ialah Undang² TETAP Undang².

prevention is better than cure


TAK RUGI PATUHI UNDANG²
Al Fatihah Buat Mangsa² Kemalangan Jalan Raya

Sambung lagi nanti.

Post a Comment

7 Comments

  1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=399257150146101&set=pb.152404861497999.-2207520000.1351662172&type=3&theater

    Saudara boleh baca di post saya ni. banyak maklumat yang kita faham.

    ReplyDelete
  2. dorang takdpt projek kot hihihi jangan marah tuan blog.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan penguatkuasaan AES, nyawa rakyat lebih utama dari undi. pada saya, kerajaan sebegini lah yang patut disokong, bukan yang pandai memberi janji2 manis. apatah lagi rakyat malaysia ni kalau sudah di jalanraya masing2 jadi monster hulk. too much selfishness on the road.

    ReplyDelete
  4. Saya menyokong AES ini dilaksanakan.. Kalau dah tak suka, pastinya akan terfikir 1001 alasan untuk mengurangkan kebaikan sesuatu perkara.. Biar 1001 alasan yang tercipta tapi janganlah kita cuba ketepikan 1 kebaikan yang wujud dari AES ini.. Mendidik pemandu di Malaysia tercinta ini menjadi lebih berhemah termasuk saya sendiri..

    Eddie

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn AES tapi bukan jangka waktu sekrang, perlu kaji selidik dulu kawasan panas dan pastinya setiap jalanraya plus misalnya, kalau nak snap gambar tu biarlah kena pada tempatnya, jika kereta kapasiti 2.0cc ke atas kelajuannya cecah 125km keatas elok saman, tapi kalau inbetween 110 ke 120 perlu dikeluarkan slip amaran 1, amaran 2 dan ke 3 saman, sbb tak guna jugak kalau rakyat msia ni ada keta mewah bus mewah injin besar berhorse horse power tapi 110 je limit atas hgway. Kalau jln bandaran atau dlm kl ni no hal mmg patut pun saman ja. Lebuhraya yg jalannya kurang merbahaya dinaikkan ke 120 contohnya.

    Penunggang motosikal ni punca segala masalah juga, tapi kalau ada ketegasan serta peraturan yg boleh kira ok jugak, tapi kalau dah liat juga nak ikut peraturan jalanaraya sumbat je dlm penjara usang mcm pudujail tu selama 3h 2 malam hah baru ada akai sikit.

    ReplyDelete
  6. Soal popular dan beriya2 nak jadi calon winnable ini, serah kat Pemuda UMNO la, tak percaya baca tunfaisal dot com dan dinturtle.blogspot dan anda bandingkan.


    Siapa yang perjuangkan ekonomi melayu?

    AES tu apa masalah dengan Pemuda? Popularity stunt shj, pergi le stunt down di KL Tower atau KLCC.

    ReplyDelete
  7. to anon 3:13 pm.

    satu pandangan yang baik, tapi rasanya tempat2 di mana kamera AES diletakkan tersebut adalah daripada pemantauan badan kerajaan jugak. tak ingat pulak apa namanya, tapi bukan JPJ, bukan PDRM, bukan JKR.
    tak silap saya, badan kerajaan tersebut mengeluarkan cadangan pemasangan tempat berdasarkan kepada statistik kemalangan yang berlaku.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..