Friday, December 14, 2012

Bah.3 : Mengapa Pemimpin Pembangkang Bersandiwara Kononnya Kaum India Tertindas @NajibRazak #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah

Saya pasti ramai kalangan pembaca sendiri hairan melihat bagaimana kumpulan orang tiada taraf warganegara ini boleh berkumpul seramai 200 orang di Putrajaya tempoh hari. Apa yang membolehkan mereka terdetik secara tiba² untuk berkumpul serentak bersama².

Pada fikiran saya dan barangkali pembaca sekalian, mereka sebenarnya telah dikawal oleh beberapa orang pemimpin Pembangkang yang agak popular.

Cuba lihat gambar² pemimpin Pembangkang di bawah ini.







Inilah muka yang sama untuk setiap penganjuran perhimpunan haram di seluruh negara seperti Bersih, Himpunan Lynas, Road To Putrajaya dan pelbagai lagi perhimpunan haram yang menggunakan rakyat sebagai benteng utama mereka menguasai Putrajaya.

Tidak menjadi masalah jika datang membantu menguruskan dokumen² mereka yang dikatakan tertindas secara baik dan sopan. Tetapi dalam setiap ucapan pemimpin Pembangkang ini di Putrajaya baru² ini, semuanya berunsurkan politik dan menghina Perdana Menteri & UMNO.

Apa pula disabitkan hal ini dengan Perdana Menteri & UMNO?

Rujuk artikel ini [Bah. 2 : Bukti Kerajaan Memang Alert Akan Nasib Orang Tiada Taraf Warganegara, klik sini.]

Inilah bentuk provokasi yang tidak disedari oleh mereka yang terlibat apabila pemimpin yang gilakan kuasa memerintah telah menghasut rakyat untuk tujuan buruk. Bahaya dan bahana terkena pada rakyat. Jika ada kematian dalam himpunan tersebut, itu adalah 'kemenangan bonus' bagi Pembangkang.

Bukankah bagus sekiranya pemimpin-pemimpin ini menyuarakan ketidakpuasan hati dengan cara yang baik dan tidak menggunakan medium kasar & buruk untuk memohon bantuan kerajaan. Lihat pendekatan yang digunakan oleh Lathefa Koya kepada penjawat awam.



Inilah cara mafia mendesak pihak lain agar mematuhi apa yang dikehendaki. Bagi saya, penjawat awam tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya mematuhi arahan pihak atasan untuk membuat kaunter sementara kerana tidak ingin perkara buruk berlaku di luar kompleks Jabatan Pendaftaran Negara.

Berikut pula, amanat yang disampaikan oleh seorang pemimpin Pembangkang untuk menaikkan kemarahan kaum India.

Tonton di bawah.


Adakah ini cara yang sesuai untuk mengemukakan permohonan?

Saya merasakan tindakan MP Kapar ini harus dipandang serius kerana kenyataannya menghina seluruh kepimpinan negara dan menfitnah. Ini maksud untuk ucapan dalam bahasa Tamil ;



Apa punya biadap fitnah yang dilakukan oleh MP Pembangkang ni. Saya merasakan Barisan Nasional (BN) harus mengambil tindakan terhadap si lahabau sorang nih. 

Tindakan lahanat ni berkemungkinan bakal merosakkan hubungan kaum yang baik di negara ini. Dikhuatiri ia akan menimbulkan kemarahan orang² yang tidak tahu menahu akan perkara yang sebenar.

Saya ingin nasihatkan pada pemimpin Pembangkang yang beriya² perjuangkan nasib kaum India di JPN tempoh hari.

TOLONG PERJUANGKAN NASIB PENDUDUK KG BUAH PALA, PULAU PINANG !!

Hentikan sandiwara dan lakonan kononnya perjuangan kaum India diutamakan di negara ini. Tapi mengapa nasib bangsa Melayu tidak diendahkan?


Sambungan bahagian IV

1 comment:

  1. Kalau betul derang ni warga negara malaysia sekurang2mya ada bukti surat beranak utk dapatkan ic. Kalau xde memang derang ni bukan warga negara malaysia dan pihak pembamgkang amik kesempatan atas mereka dan nak dapatkan undi dr derang

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...