Wednesday, January 31, 2018

PM Belum Dapat Ilham Tarikh PRU Kah Kah Kah Menyirap Tak Rasa?


Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus menjadi teka-teki banyak pihak termasuk media apabila Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum membayangkan bila ia akan berlangsung.

Sambil berseloroh, Perdana Men­teri berkata, beliau masih me­nunggu ‘petanda’ yang sesuai untuk membuat keputusan tersebut.
“Saya tidak tahu. Saya sedang menunggu ‘ilham’ untuk memikirkan bila masa yang sesuai (untuk adakan PRU-14),” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempe­ngerusikan Mesyuarat Majlis Ter­tinggi (MT) parti di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Pre­siden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari Agung, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Najib menambah, tarikh PRU-14 tidak seharusnya menjadi isu selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan sehingga Jun ini.

“Jun nanti sekiranya PRU-14 masih belum lagi diadakan maka Parlimen dengan sendirinya terbubar,” ujarnya.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, Perdana Menteri memberi­ta­hu, beliau berpuas hati de­ngan tahap kesiapsiagaan jentera UMNO untuk berdepan PRU-14.

Sehubungan itu, beliau berharap momentum sedemikian dipertahankan sehingga tarikh sebenar pilihan raya umum berlangsung nanti.

“Tahap kesiapsiagaan UMNO adalah lebih tinggi pada hari ini.

“Mudah-mudahan kesungguhan ini diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan nanti,” katanya.

Beliau berkata, berbanding pembangkang yang nampak ra­puh sejak kebelakangan ini di­sebabkan masalah dalaman parti, rakyat seharusnya sudah boleh menilai siapa yang mampu meneruskan transformasi negara.

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...