Full Width CSS

Muslimah PAS Beli Bangunan UMNO RM590 Ribu

Wahhhh gila hebat Dewan Muslimat PAS Selangor telah membeli bangunan milik UMNO.

Menurut ceritanya, bangunan milik UMNO ni merupakan bangunan milikan asal Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang berpangkat Datuk? Hmm betul ker Datuk? Not sure lah pulak. Google tadi, tak nampak pulak pangkat Datuk nye.

Katanya lagi, bangunan ni telah dilelong. Kemudian Dewan Muslimat PAS Selangor telah beli dengan harga RM590 ribu, RM590 ribu ye.. Setengah juta tu..


Perghhh gila hebatlah. RM590 ribu tu !!

Makna kata, Dewan Muslimat PAS S'gor ni banyak duit lah sampai boleh BELI sebuah bangunan utk jadi pejabat gerakan mereka. Persoalannya skg adalah, PAS mempunyai duit sehingga boleh membeli aset, dari mana datangnya sumber² duit tersebut? Takkan datang daripada sumbangan ahli² dan penjualan sijil wakaf je kot.

Abeh tu kenapa PAS perlu lagi meminta sumbangan daripada ahli² setiap kali aktiviti ceramah dan forum PAS diadakan? Bukankah duit yg disalurkan itu untuk membantu jawatankuasa PAS menganjurkan aktiviti dan membantu PAS berkempen utk pilihanraya akan dtg. Lihat gambar di sini pungutan sumbangan PAS.

Tapi amat memalukan apabila Dewan Muslimat PAS S'gor mempunyai duit yg banyak sehingga mampu membeli bangunan pada kadar RM 590 ribu tetapi Mursyidul Am, Nik Aziz terpaksa makan nasik berharga RM2.50 pada perasmian Persidangan ICT PAS, di Taman Melewar, Gombak sabtu lepas. Utk info, Gombak terletak di kawasan jajahan negeri S'gor ya.

Sampai hati Dewan Muslimat PAS membiarkan TOK GURU, Nik Aziz makan nasik bungkus RM2.50 dengan berlaukkan seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili. Lihat sini hehe.


Sedangkan pada majlis perasmian bangunan baru di Shah Alam, para tetamu yg datang telah dijamu dengan hidangan dome (lauk berputar tu) atas setiap meja. Tengok pic di atas atau video di atas.

Ternyatalah PAS hanya berlakon utk kepentingan sendiri. Berlakon semata-mata utk mengaburi kalangan pengikut, bahawa mereka lah pemimpin yg paling teraniaya dan hidup susah spt rakyat.

Tahniah Dewan Muslimat PAS S'gor !

Post a Comment

2 Comments

  1. tema PAS...

    PEMIMPIN DIDAHULUKAN, RAKYAT LANTAK KAU LAH

    ReplyDelete
  2. OOOOOO ini mesti duit hasil rembat hutan kayu balak, gadai tanah orang asli kat dabong & gua musang, duit jual beersih 2.0 hari tu dan duit kencing n.ajis setiap minggu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..